Pengenalan Maahad

بسم الله الرحمن الرحيم


Maahad Al Iman Li Ulumil Quran adalah sebuah pusat pendidikan yang menumpukan kepada pembangunan syahsiah anak didik dengan memperkasakan diri mereka melalui penekanan terhadap Al-Quran, As-Sunnah dan Ilmu-ilmu Turath Islam.



Di samping itu, Maahad Al Iman juga tidak menyisihkan ilmu-ilmu akademik semasa dalam melahirkan pendakwah yang mampu menguasai pelbagai bidang dan lapangan.



Tercetusnya tekad untuk menubuhkan Maahad al-Iman ini berpaksikan sabdaan baginda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam :

(( خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ))
 “Sebaik-baik manusia adalah orang yang mempelajari Al-Qur’an dan mengajarkannya” (H.R Bukhari Muslim)  






Tidaklah penubuhan ini menyasarkan apa-apa keuntungan dunia melainkan sebagai tuntutan memenuhi keperluan masyarakat untuk melihat generasi akan datang terdidik dengan didikan Islam yang menjamin keharmonian hidup di dunia dan keberuntungan akhirat, Insya Allah.




Visi

Menjadi institusi pendidikan ilmu Islam yang berperanan dalam menjaga kemulian Al-Qur’an dan menghasilkan generasi pendakwah yang memahaminya lantas mempraktikkannya dalam kehidupan masyarakat.

Misi

1.         Melahirkan Ikon yang baik untuk  diteladani oleh masyarakat.
2.         Menanam pemahaman Islam yang sangat bernilai melalui ilmu-ilmu Al-Qur’an dalam kehidupan seharian.
3.         Mengimbangi antara keperluan Duniawi dan Ukhrawi.
                                                 

Objektif

Melahirkan lulusan yang bertakwa:

1.         Menguasai Al-Qur’an hafazan dan kefahaman.
2.         Berakidah ahlus sunnah wal jamaah.
3.         Melaksanakan ibadah yang benar.
4.         Berakhlak mulia
5.         Beridea cerdas
6.         Sihat fikiran dan tubuh badan
7.         Berwawasan tinggi
8.         Berkerjaya cemerlang
9.         Menyantuni masyarakat
10.      Bijak mengurus keinginan.

 

Piagam Pelanggan

1.       Meningkatkan kecemerlangan hafazan Al-Quran, ilmu-ilmu agama dan akademik ke tahap yang paling tinggi.
2.       Membentuk sahsiah pelajar berasaskan Sunnah Rasulullah.
3.       Sedia membantu pelajar dari segi fizikal dan mental.
4.       Memberi irsyad dan membangunkan potensi pelajar selaras dengan minat dan kebolehan ke arah kerjaya dan masa depan mereka.
5.       Mewujudkan suasana kerja berjamaah dan harmoni di kalangan warga Maahad al-Iman.
6.       Mengutamakan redha Allah dalam menjalankan aktiviti pendidikan di Maahad al-Iman.
7.       Konsep mesra pelanggan akan menjadi budaya pengurusan Maahad al-Iman.
8.       Sentiasa memberi kerjasama dengan jabatan dan agensi kerajaan Malaysia, NGO dan pihak swasta bagi menjayakan sesuatu program. 



Semoga segala usaha membangunkan Maahad Al Iman ini diberkati ALLAH dan dapat membina masyarakat yang bertaqwa dan mendekatkan diri kepada ALLAH subhanahu wa taala.

Amin Ya Rabbal Aalamin

No comments:

Post a Comment